Bismillahirrahmanirrahim
Masalah tingkah laku murid adalah salah satu daripada fenomena yang semakin berleluasa dalam dunia pendidikan hari ini. Dalam kelas, murid sebegini mengganggu pengajaran guru, menghasilkan tekanan, dan membawa kelas kepada kemiskinan moral. Hal ini menyedihkan kedua-dua pihak baik guru mahupun murid-murid. Menurut C.M Charles, masalah tingkah laku ini boleh diatasi dengan melaksanakan 3 strategi berikut :-
1) PREVENT
- mengatasi sebanyak mana masalah tingkah laku yang boleh dengan mengenalpasti faktor-faktor berlakunya salah laku dan kemudian mengurangkan faktor-faktor tersebut. Seterusnya menghapuskan faktor-faktor salah laku tersebut.
2) INTRODUCE CLASSROOM CONDITIONS
- Memperkenalkan kepada murid-murid keadaan kelas yang akan membuatkan murid berasa seronok, mempunyai matlamat dan keyakinan diri serta bertanggungjawab.
3) POSITIVE MANNER
- Mengatasi salah laku dengan tingkah laku yang positif berbanding dengan tingkah laku yang negatif. Ini termasuklah guru memberikan galakan yang positif, berhubung dengan murid secara personal, mengajar mereka untuk rasa diterima dan membantu mereka untuk bertanggungjawab dalam menguruskan diri mereka sendiri dan menerapkan nilai-nilai peribadi yang positif.
contoh murid menghormati guru |
selamat menbaca kawan2....:)
ReplyDelete