Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu faktor murid-murid mendapat pendidikan berkesan dan bermakna. Oleh itu, guru mestilah menjadi seorang pengurus bilik darjah yang baik. Pengurusan bilik darjah juga perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Ia bukan sekadar kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.
Berikut adalah beberapa definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dalam bidang pendidikan :-
Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Richards (1990) pula mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Tuntasnya, pengurusan bilik darjah amatlah penting. Tanpanya, kita tidak mampu untuk mencapai objektif pendidikan. Setinggi mana pun ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Menurut Muhammad Suhaimi Taat, pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran.
Konklusinya, para pendidik perlu menjadi pengurus bilik darjah yang baik agar tujuan dan matlamat pendidikan tercapai. Kita ingin membina bilik darjah yang mana melahirkan generasi yang seimbang dari segenap aspek; jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial.
Ganbatte wahai cikgu! ^^,
~Pendidikan Membangun Personaliti~