Segala puji hanya bagi Allah, Zat yang telah mengajar (manusia) dengan qalam (pena), dan telah mengajarkan mereka segala sesuatu yang tidak mereka ketahui. Selawat dan salam serta kemuliaan semoga senantiasa tercurah kepada utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w, juga kepada keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga datangnya hari kiamat.
Blog ini diwujudkan adalah berkesinambungan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek EDU 3104, Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Ia adalah hasil kerjasama antara Nur Amirah binti Ngapan, Airat Kemuning binti Ali dan Siti Nur Syakirah binti Ismail. Tulisan di dalam blog ini merupakan nota-nota kuliah yang penulis perolehi sepanjang belajar subjek ini. Kami juga ditugaskan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk tingkah laku dan disiplin murid.
Diharapkan blog ini bermanfaat pada diri penulis dan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan. Ketahuilah, Islam sangat menekankan pendidikan kerana ia bertujuan membangunkan dan membina individu manusia secara amnya, dan muslim secara khususnya untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Wahai guru-guru, ketahuilah bahawa kalian meneruskan tugas para nabi dan rasul. Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok! :)
~Pendidikan membangun personaliti~